Skip to main content

Vaseline 1: Losen

BILA sebut Vaseline, ramai yang masih lagi tak pasti, brand ni jual apa? Yelah mungkin adalah yang tahu tapi aku yakin ada few guys yang masih ingat Vaseline ni jeli petroleum untuk rawat kulit kering je, betul tak betul tak? (tak betul pun angguk je!)

Dulu pun aku ingat macam tu. Tapi apabila semakin menginjak dewasa, diri ini kian rajin berkunjung ke farmasi kecantikan seperti Watsons, Guardian dan yang seumpama dengannya! Paling aku ingat bila Vaseline introduce produk lelaki! Ya, masa tu punyalah sexcited nak cuba pencuci muka dengan losen (lotion kalau kau ingat aku typo, itu ejaan BM yang betul) brand ni. Manalah tahu boleh buatkan kulit jadi lebih gebu, mulus dan rupawan, yeaaaaaahhhh!

Tapi sekarang aku tak jumpa losen Vaseline for Men, mungkin ada tapi hari tu aku tanya kat salesgirl farmasi tu, dia katalah kan memang dah tak ada (kalau dia propa, maknanya aku salah). Jadi untuk mengubati kekecewaan dan sebab diri rasa teringin nak pakai losen kembali, aku pun pilih Vaseline healthy white SPF24 triple lightening lotion!

Kaler botol memang jambu, pink lah abang!
Losen ni sebenarnya aku dah cuba masa aku pergi Bali bulan Oktober lepas (tak ada niat tau nak menunjuk pergi holiday) sebab nak gantikan krim pelindung matahari (sunblock lah dalam BI, jangan nak urban sangat) yang agak mahal harganya! Yelah nak berangan berjemur macam orang putih kat tepi pantai walhal kulit dah sedia garing, lepas tu bising hitam! Bila balik Malaysia, aku terus pergi cari losen ni dan aku rasa ia sangat best!

Memanglah ramai lelaki tak suka pakai losen! Abang mesti cakap: "Bro tak cool lah pakai krim badan, tak macho lah sapu losen, tak jantan ar kalau kulit tak gelap!" Alah tapi dalam hati masing-masing cakap macam ni: "Alamak kulit dah gelap ni, camne nak tackle awek Ampang, adoi kulit kering kasar yang amat, malu ah nak tayang badan dalam gym!" Mengaku jelah bang, tak payah segan!

Bukan susah pun pakai losen ni! Aku pun dulu tak gemar sebab losen buat badan rasa melekit dan tak selesa! Tapi percayalah kalau dah biasakan setiap hari, korang akan rasa tak best kalau tak pakai losen! Macam losen Vaseline ni, kau pakai sehari dua kali je cukup, lepas mandi pagi dan malam sebelum tidur. Aku ni muka cerah tapi tangan legam (tak tahu kenapa tapi memang aku tak suka masalah ni) so aku cubalah biasakan pakai losen ni!

Vaseline healthy white SPF24 triple lightening lotion ni ada tiga fungsi, pertama untuk melindungi kulit daripada sinar ultraungu (UV) dan kedua untuk memutihkan kulit secara sekata serta tak lupa melembap dan melembutkan kulit! Cara pakai pun tak susah mana, picit botol sapu kat seluruh badan. Kalau taknak satu badan pakailah kat bahagian mana yang abang suka (tapi jangan pulak biasakan sapu kat tempat tu bang, losen ni kesat nanti merah hahahahahaha).

Ingat, kalau dah habis sebotol losen dan tak nampak apa-apa kesan, jangan kau sumpah seranah taknak pakai dah, pakai apa pun kena sabar. Efek untuk setiap orang berbeza mengikut jenis kulit. Sebab tu ada cepat ada lambat. Ada orang tunggu sampai setahun baru dapat kesan! Kuncinya adalah sabar ya bang!

Jadi bolehlah dapatkan losen ini di semua pasar raya utama, pasar raya besar dan farmasi kecantikan berhampiran! Selamat melekit yeeeehaaa!




Comments

Popular posts from this blog

Review: Elite Edgy EFX

OK nampak tak barisan produk rambut kat atas tu? Haaaa itulah gel dan wax ELITE EDGY EFX by DASHING ! Hari ni nak share sikit cara pakai dan kelebihan produk ni semua... yayyyyy Hi saya AIRY WILD Hi saya stail airy wild yang tak wild 1) MUD: Elite Edgy EFX Airy Wild Sesuai untuk rambut: Pendek sederhana ( medium short ) dan Sederhana ( medium ) Harga: RM15.90 Okay kalau korang perasan gambar abang K-pop kat atas penutup produk tu, tak sama langsung dengan apa aku cuba buat! Airy Wild ni sebenarnya untuk unelash your wild side atau makna lainnya, tonjolkan sisi liarmu hahahaha! Gadis liar tak boleh, abang-abang liar je boleh! Helo saya pulak RUGGED MATTE Nampak tak berapa rugged lah bang.. 1) WAX: Elite Edgy EFX Rugged Matte Sesuai untuk rambut: Sederhana ( medium ) dan Sederhana panjang ( medium long ) Harga: RM15.90 Konsepnya Dangerously Rugged tapi aku pakai tak jadi dangerous pun.. Dangerously in love adalah sipi-sipi lolololol... Ok yang ini

Azura 2012: Disaster!

Poster filem Azura  Pergh! Aku tak tau macam mana aku boleh terjebak tengok filem Azura hari tu... Sebenarnya teman seseorang sebab dia pengikut setia Neelofa (hahahaha)! Memang awal-awal aku rasa macam taknak tengok sebab ramai orang cakap cerita tu BUSUK! Huh! Beberapa saat bermula filem ni, penonton dijamu mata dengan kecantikan Neelofa dengan tubuh badan yang letop (bagi aku dia biasa je, cantik lagi Fazura kut... eeh?), memang macam hmmmmm, ni filem ke promosi Neelofa ? okay ini pandangan aku sahaja, pengikut Neelofa sila jangan naik hantu! :) Lawa sebenarnya Neelofa ni...  Lepas tu bermulalah filem tu, hall filem Azura ni memang besar tapi sayang seribu kali sayang, cenonet je yg datang tengok cte ni, tafsiran aku: Wowww! Penonton Malaysia sudah bijak pilih filem berkualiti atau tidak, kau letaklah PELAKON tengah PANAS sekali pun, kalau tak best tetap sayonara... -_- Intro filem ini kucar-kacir, bayangkan hanya selepas video Azura tampar Zek ( Shahrizal Jazle ) te

Interpretasi JUDAS oleh LADY GAGA

Lady Gaga mengumumkan single kedua dari album barunya berjudul JUDAS! Setelah kejayaan Born This Way mengungguli carta-carta dunia yang sarat dengan mesej kebebasan dalam menjadi diri sendiri yang dicondongkan kepada golongan homoseksual, Gaga sekali lagi tampil berani dengan JUDAS! Lagu yang mengelirukan pendengar-pendengar terutama mereka yang beragama Islam!   official artwork for Judas Jika sebelum ini karya-karya pelik Gaga sering ditafsir mengandungi mesej tersembunyi yang seakan-akan mengangkat kecintaannya kepada dunia gelap (syaitan), JUDAS tidak lagi disampaikan dengan tersembunyi malah bait-bait lirik lagu ini secara terang mengajak pendengar bersetuju dengan Gaga agar memberi belas kepada Judas (akan dijelaskan di bawah). Lirik lagu JUDAS: Ohohohoh I'm in love with Judas Ohohohoh I'm in love with Judas Judas! Judaas Judas! Judaas Judas! Judaas Judas! GAGA [Lady Gaga - Verse 1] When he comes to me, I am ready I’ll wash his feet with my hair if