Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Cahaya mata penerang hidupku!

Hi semia! (hencap wahidin jap sebab dia xde blog)! Berkurunnya tak update blog kan... Biasalah kehidupan seorang wartawan yang penuh cabaran ditambahkan lagi dengan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak memang memenatkan! Eeh! Bila kita kahwin? hahahaha... Okay jom kenal dengan anak-anak kita! 1) BELLA & RIO Anak saya yang dua ekor kat atas ni namanya Bella dan Rio! Rasanya tak pernah update pasal mereka ni. Mereka adalah binatang marsupial dan nokturnal atau senang panggil SUGAR GLIDER! Bermaksud mereka sangat aktif pada waktu malam. Bella aku beli bulan April lepas di Uptown Mines (tapi sebaik-baiknya beli kat kedai haiwan ye kawan-kawan). Waktu tu minah ni baru 3 bulan, so sekarang umur dia dah 9 bulan lebih. Wahhh dah anak dara dah Bella ni... Dia ni sangat garang ye (sama macam tuan dia.. lalalala), tapi lama-lama manja walaupun gigitan dia boleh melukakan jari (ala saje je over padahal luka sikit je...)! Lepas sebulan mcm kesian tgk dia sekor-se

Review: The Imam's Daughter

Buku ini cousin aku punya. Aku pinjamlah sebab title dengan sinopsis macam menarik. Jadi buku-buku lain aku yang tersusun di rak bertimbun-timbun tu pun belum sentuh lagi, terabai lagi. Aku pun mula baca buku ni last week dan perlahan-lahan rasa sangat teruja. Sebelum tidur kena baca 3 chapter (at least). Akhirnya semalam aku berjaya khatamkan buku tulisan Hannan Shah ni. Ia berkisar tentang pengalaman penulis sendiri berdepan dengan kekejaman dan tragis hidup yang amat mengerikan. Hannan seorang perempuan Muslim (beragama Islam) yang tinggal di kejiranan Pakistan di England. Sebagai perempuan Muslim, Hannan perlu mengikut segala peraturan agama yang ditetapkan. Memakai tudung, menutup aurat seorang wanita (sering mengenakan shalwar kameez yang merupakan pakaian tradisi Pakistan). Bapanya merupakan seorang Imam di masjid kejiranan mereka namun masih mengharapkan wang kebajikan daripada kerajaan Inggeris tersebut. Hidup dalam keluarga Hannan sangat pelik. Malah siapa pun

Azura 2012: Disaster!

Poster filem Azura  Pergh! Aku tak tau macam mana aku boleh terjebak tengok filem Azura hari tu... Sebenarnya teman seseorang sebab dia pengikut setia Neelofa (hahahaha)! Memang awal-awal aku rasa macam taknak tengok sebab ramai orang cakap cerita tu BUSUK! Huh! Beberapa saat bermula filem ni, penonton dijamu mata dengan kecantikan Neelofa dengan tubuh badan yang letop (bagi aku dia biasa je, cantik lagi Fazura kut... eeh?), memang macam hmmmmm, ni filem ke promosi Neelofa ? okay ini pandangan aku sahaja, pengikut Neelofa sila jangan naik hantu! :) Lawa sebenarnya Neelofa ni...  Lepas tu bermulalah filem tu, hall filem Azura ni memang besar tapi sayang seribu kali sayang, cenonet je yg datang tengok cte ni, tafsiran aku: Wowww! Penonton Malaysia sudah bijak pilih filem berkualiti atau tidak, kau letaklah PELAKON tengah PANAS sekali pun, kalau tak best tetap sayonara... -_- Intro filem ini kucar-kacir, bayangkan hanya selepas video Azura tampar Zek ( Shahrizal Jazle ) te