Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Apa itu Hijrah?

Salam semua.... (dengan nada semangat sebab blog dah mengalami perubahan) Okay walaupun maal hijrah dah berlalu, tapi aku baru terkial-kial nak update kan, tak apalah janji aku tulis something2 kan pasal hijrah... hijrah... hijrah Rasulku (lagu nasyid sekolah rendah dulu)... Okay kat sini aku nak share story Rencana Utama aku yang publish sehari sebelum umat Islam sambut Maal Hijrah yakni (ada ke perkataan ni? cek PRPM  dan memang wujud, lega!) pada hari Sabtu, 26 November 2011 y'all... Ini link-nya: Rencana Utama Kosmo! Hijrah Ceritanya simple sahaja, pasal dua orang lelaki berbeza latar belakang dan perspektif tentang kehidupan! Kedua-dua aku interview secara berasingan dan apa yang dapat aku simpulkan, mereka mengecapi kejayaan mengikut acuan serta cara yang berbeza. Macam Zakaria (Aboy), dia ni baru 25 tahun tapi bayangkan dalam usia semuda itu dia dah boleh buka sebuah bengkel superbike hasil duit sendiri, tak ada minta sesiapa pun! Aku kagum sebab walaupun dia susah dul

Cinta DAN dan BLAIR! auwwww

Entri ni wujud sebab aku memang gila tv series, Gossip Girl ! Tau tak? Alah yang xoxo tu ler.... Okay kat Malaysia baharu je tayang season 4 padahal season 5 dah nak start dah hujung bulan ni dekat US ! (american cket.. hehehe)  Dari season 1 ak follow cite ni, so tak ada sebab nak abaikan macam tu je... Biasalah cite ni suka buat aku feeling-feeling, senyum sorang2, ketawa, marah, pendek kata semua rencah emosi cukup rasalah! Tapi kesibukan kerja memaksa aku membiarkan diri aku ketinggalan menonton season 4, tapi akhirnya selepas pasang Unifi, aku dengan pantasnya tanpa berfikir panjang terus memuat turun full season! Yeaaa akhirnya aku khatam! (bajet best padahal ramai dah habis tengok pun.. hehehe) Tak dinafikan season 4 ni agak boring sikit compare dengan season yang dulu tapi still ada benda yang membuatkan aku teruja untuk tengok! Paling best apabila dua favorite character aku akhirnya comolot ! Rasa macam menang jackpot lak! hahaha... Yes Dan Humphrey dan Blair Waldorf tiba

New York...

OK sorry sebab delay entry New York , aku amat busy dengan kerja yang bertimbun-timbun (ni pun kat office, jenuh nak karang story, tapi karang blog tenaga masih ada.. hahahaha) Pakai PASS ni Untung! wink wink  Sebenarnya tak berapa nak ingat dah apa yg jadi kt NY dulu but aku cuba recap sebaik yg boleh... Trip ke NY ni disertai aku dan 5 hot chicks yg lain (Naddy, Etil, Elin, Mem and Amai), biasalah aku sorang je romeo dan hero mereka di US (walhal aku paling bongsu.. hihihi)... Inilah Barisan kita... frm left: Etil, Elin, Me, Amai, Naddy (Mem takde sebab dia amek pix!) Bagi mengelakkan amukan Mem, aku letak gambar dia ni! Hi Mem!  We all bertolak ke NY dari Washington DC selepas menghabiskan masa selama 3 hari di rumah auntie Naddy kat situ then we all naik bas ke NY... Distance tak jauh pun, satu jam dah sampai ke bandar raya yang dikatakan hebat tu! hihi... Jejak je kaki kat NY, terus rasa macam wahhhh.... aku kat NY!!! (maaflah saya amat jakun, yelah tak perna

Interpretasi JUDAS oleh LADY GAGA

Lady Gaga mengumumkan single kedua dari album barunya berjudul JUDAS! Setelah kejayaan Born This Way mengungguli carta-carta dunia yang sarat dengan mesej kebebasan dalam menjadi diri sendiri yang dicondongkan kepada golongan homoseksual, Gaga sekali lagi tampil berani dengan JUDAS! Lagu yang mengelirukan pendengar-pendengar terutama mereka yang beragama Islam!   official artwork for Judas Jika sebelum ini karya-karya pelik Gaga sering ditafsir mengandungi mesej tersembunyi yang seakan-akan mengangkat kecintaannya kepada dunia gelap (syaitan), JUDAS tidak lagi disampaikan dengan tersembunyi malah bait-bait lirik lagu ini secara terang mengajak pendengar bersetuju dengan Gaga agar memberi belas kepada Judas (akan dijelaskan di bawah). Lirik lagu JUDAS: Ohohohoh I'm in love with Judas Ohohohoh I'm in love with Judas Judas! Judaas Judas! Judaas Judas! Judaas Judas! GAGA [Lady Gaga - Verse 1] When he comes to me, I am ready I’ll wash his feet with my hair if

Brutal Singapore!

Entri bunyi macam ganas je tapi sebenarnya bukanlah Singapore tu yg brutal tapi pengalaman kat sana yg brutal. Pertama kali aku jejakkan kaki kat negara yg dulu pernah menjadi sebahagian dari Malaysia , yelah dulu tak mampu nak berjalan-jalan, sekarang dah bekerja mampulah sikit.. hehehe Tak ada apa yg boleh dibanggakan sangat memandangkan cuaca dan rakyatnya semua sama macam kat negara aku sendiri. Tapi bezanya rakyat Singapore sangat berdisipin, yang paling aku kagum pemandu bas dan teksi kat sana yang amat tertib, tak macam kat sini yang rata-rata macam gengster je... suka hati nak makan lorong orang lepas tu bawak macam hantu! geram ni... Pemandu-pemandu kat sana pun utamakan pelintas jalan kaki (tu yang mizi berani lintas jalan kat sana... kalau kat sini dua jam pun xmelintas2 lagi... hahahaha)! Kat sini jangan haraplah kereta nak bagi laluan, siap kena hon maki segala kalau org melintas walaupun dekat tempat pelintas jalan kaki! grrrr... Negara mereka bersih, sampah semua