Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Apa itu Hijrah?

Salam semua.... (dengan nada semangat sebab blog dah mengalami perubahan) Okay walaupun maal hijrah dah berlalu, tapi aku baru terkial-kial nak update kan, tak apalah janji aku tulis something2 kan pasal hijrah... hijrah... hijrah Rasulku (lagu nasyid sekolah rendah dulu)... Okay kat sini aku nak share story Rencana Utama aku yang publish sehari sebelum umat Islam sambut Maal Hijrah yakni (ada ke perkataan ni? cek PRPM  dan memang wujud, lega!) pada hari Sabtu, 26 November 2011 y'all... Ini link-nya: Rencana Utama Kosmo! Hijrah Ceritanya simple sahaja, pasal dua orang lelaki berbeza latar belakang dan perspektif tentang kehidupan! Kedua-dua aku interview secara berasingan dan apa yang dapat aku simpulkan, mereka mengecapi kejayaan mengikut acuan serta cara yang berbeza. Macam Zakaria (Aboy), dia ni baru 25 tahun tapi bayangkan dalam usia semuda itu dia dah boleh buka sebuah bengkel superbike hasil duit sendiri, tak ada minta sesiapa pun! Aku kagum sebab walaupun dia susah dul