Skip to main content

COOL: Novel Review - 'KETIKA CINTA BERTASBIH'

hmm... novel ni dah 2minggu actually aku khatamkan... tapi baru berpeluang nak comment about this novel... yup it's a brilliant story... congratulation once again to my fave author - Habiburrahman el-Shirazy....


mungkin ia tak sehebat karya agung beliau - 'Ayat- ayat Cinta' tetapi novel ini lebih kepada satu pengajaran buat pembaca berkenaan dengan cara kehidupan yg bersederhana dan berusaha untuk menggapai kejayaan meskipun dalam keadaan yg sukar...

kagum dgn ketabahan Azzam sebagai watak utama dalam novel ini yg tidak sekali pun merintih dan mengeluh walaupun sudah 9 tahun menuntut BA di Mesir dan tidak juga lulus hanya kerana mahu mencari duit utk dihantar pulang kepada keluarganya di Indonesia... Kadangkala aku terfikir wujudkah insan seperti beliau di muka bumi ini?

jalan cerita cinta beliau tidak juga mudah... pelbagai dugaan dan akhirnya jodohnya tetap Anna Althafunnisa yg diidam-idamkan...

tetapi satu yg saya perasan melalui penulisan novel ini ialah ia tdk byk berubah sebnarnya dgn karya Ayat-ayat Cinta beliau apabila seorang lelaki dikagumi dan dicintai oleh ramai wanita kerana ketulusan budi lelaki tersebut... jika sebelum ini Fahri dan di dalam novel ini Azzam menjadi taruhan penulis buat pembaca menyelami dunia cintanya...

penceritaan selalunya berdasarkan pengalaman penulis (berdasarkan karya-karya yg saya pernah baca sebelum ini yg majoritinya di tulis berdasarkan kejadian sebenar)... jadi oleh itu saya tertanya-tanya adakah semua cerita ini benar-benar terjadi ke atas beliau atau pun sahabat beliau atau hanya khayalan dan angan-angan beliau?

tetapi apa pun novel ini tidak rugi utk dimiliki (meskipun novel yg aku baca itu milik kakak aku...)...

satu petikan yg hebat dan memberi kesan buat diriku di dalam novel ini:
"Tidak ada yang bisa mengusir syahwat atau kecintaan atau kesenangan duniawi selain rasa takut kepada ALLAH yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada ALLAH yang membuat hati merana!" - Ibnu Athaillah

p/s: tetapi filemnya tidak seronok untuk ditonton jika dibandingkan dengan Ayat- ayat Cinta (yg diarahkan oleh pengarah fave aku, Hanung Bramantyo...) filem Ketika Cinta Bertasbih diarahkan oleh MD Ent. yg sangat tak best...

:P


Comments

novel ni mmg bes gle2 tp cte dye cm x best la... pelakon2 nye x dikenali...

Popular posts from this blog

Review: Elite Edgy EFX

OK nampak tak barisan produk rambut kat atas tu? Haaaa itulah gel dan wax ELITE EDGY EFX by DASHING ! Hari ni nak share sikit cara pakai dan kelebihan produk ni semua... yayyyyy Hi saya AIRY WILD Hi saya stail airy wild yang tak wild 1) MUD: Elite Edgy EFX Airy Wild Sesuai untuk rambut: Pendek sederhana ( medium short ) dan Sederhana ( medium ) Harga: RM15.90 Okay kalau korang perasan gambar abang K-pop kat atas penutup produk tu, tak sama langsung dengan apa aku cuba buat! Airy Wild ni sebenarnya untuk unelash your wild side atau makna lainnya, tonjolkan sisi liarmu hahahaha! Gadis liar tak boleh, abang-abang liar je boleh! Helo saya pulak RUGGED MATTE Nampak tak berapa rugged lah bang.. 1) WAX: Elite Edgy EFX Rugged Matte Sesuai untuk rambut: Sederhana ( medium ) dan Sederhana panjang ( medium long ) Harga: RM15.90 Konsepnya Dangerously Rugged tapi aku pakai tak jadi dangerous pun.. Dangerously in love adalah sipi-sipi lolololol... Ok yang ini

Azura 2012: Disaster!

Poster filem Azura  Pergh! Aku tak tau macam mana aku boleh terjebak tengok filem Azura hari tu... Sebenarnya teman seseorang sebab dia pengikut setia Neelofa (hahahaha)! Memang awal-awal aku rasa macam taknak tengok sebab ramai orang cakap cerita tu BUSUK! Huh! Beberapa saat bermula filem ni, penonton dijamu mata dengan kecantikan Neelofa dengan tubuh badan yang letop (bagi aku dia biasa je, cantik lagi Fazura kut... eeh?), memang macam hmmmmm, ni filem ke promosi Neelofa ? okay ini pandangan aku sahaja, pengikut Neelofa sila jangan naik hantu! :) Lawa sebenarnya Neelofa ni...  Lepas tu bermulalah filem tu, hall filem Azura ni memang besar tapi sayang seribu kali sayang, cenonet je yg datang tengok cte ni, tafsiran aku: Wowww! Penonton Malaysia sudah bijak pilih filem berkualiti atau tidak, kau letaklah PELAKON tengah PANAS sekali pun, kalau tak best tetap sayonara... -_- Intro filem ini kucar-kacir, bayangkan hanya selepas video Azura tampar Zek ( Shahrizal Jazle ) te

Interpretasi JUDAS oleh LADY GAGA

Lady Gaga mengumumkan single kedua dari album barunya berjudul JUDAS! Setelah kejayaan Born This Way mengungguli carta-carta dunia yang sarat dengan mesej kebebasan dalam menjadi diri sendiri yang dicondongkan kepada golongan homoseksual, Gaga sekali lagi tampil berani dengan JUDAS! Lagu yang mengelirukan pendengar-pendengar terutama mereka yang beragama Islam!   official artwork for Judas Jika sebelum ini karya-karya pelik Gaga sering ditafsir mengandungi mesej tersembunyi yang seakan-akan mengangkat kecintaannya kepada dunia gelap (syaitan), JUDAS tidak lagi disampaikan dengan tersembunyi malah bait-bait lirik lagu ini secara terang mengajak pendengar bersetuju dengan Gaga agar memberi belas kepada Judas (akan dijelaskan di bawah). Lirik lagu JUDAS: Ohohohoh I'm in love with Judas Ohohohoh I'm in love with Judas Judas! Judaas Judas! Judaas Judas! Judaas Judas! GAGA [Lady Gaga - Verse 1] When he comes to me, I am ready I’ll wash his feet with my hair if