OK nampak tak barisan produk rambut kat atas tu? Haaaa itulah gel dan wax ELITE EDGY EFX by DASHING! Hari ni nak share sikit cara pakai dan kelebihan produk ni semua... yayyyyy
Hi saya AIRY WILD |
Helo saya pulak RUGGED MATTE |
Nampak tak berapa rugged lah bang.. |
1) WAX: Elite Edgy EFX Rugged Matte
Sesuai untuk rambut: Sederhana (medium) dan Sederhana panjang (medium long)
Sesuai untuk rambut: Sederhana (medium) dan Sederhana panjang (medium long)
Harga: RM15.90
Konsepnya Dangerously Rugged tapi aku pakai tak jadi dangerous pun.. Dangerously in love adalah sipi-sipi lolololol... Ok yang ini wax so sangat sesuai kalau nak pergi bersosial bersama kawan-kawan yang konon-konon cool, macho dan bajet hensem, OK aku serius!
Tadaaa hijau SHINY WET |
Astaga berkilat habislah rambut tu |
1) WAX: Elite Edgy EFX Shiny Wet
Sesuai untuk rambut: Pendek sederhana (medium short) , Sederhana (medium) dan Sederhana panjang (medium long)
Harga: RM15.90
Katanya untuk Outshine The Others tapi kalau orang tengok gambar kat atas ni, terus orang gelak guling-guling! Yelah mungkin kalau orang lain buat jadilah kot hahaha jangan ingat aku pakai tak jadi, korang pakai pun tak elok! Sejujurnya aku suka yang ni lagi-lagi kalau feeling nak jadi mat skema ke office!
Jambu tak SPIKY WEB |
Apa susah? Kau tarik je pacak-pacak |
Innocent tak |
1) FIBRE: Elite Edgy EFX Spiky Web
Sesuai untuk rambut: Sangat pendek (very short), Pendek (short) dan Pendek sederhana (medium short)
Sesuai untuk rambut: Sangat pendek (very short), Pendek (short) dan Pendek sederhana (medium short)
Harga: RM15.90
Tadaaaa haaa Son Goku Dragon Ball tak imej ni? Ni untuk rambut spiky cacak-cacak ke atas! Kalau budak sekolah sukalah rambut gaya ni - stailo katanya! Aku buat tak bape jadilah sebab rambut aku dah agak panjang... Abang-abang umur 30 tahun ke atas tu boleh je nak try gaya ni, nampak remaja sikit!
Ni bukan krim muka! Ni WAVY LOOSE |
Tunjuk dahi je, ha rambut ginilah feverit kita |
1) CLAY: Elite Edgy EFX Wavy Loose
Sesuai untuk rambut: Pendek (short), Pendek sederhana (medium short) dan Sederhana (medium)
Sesuai untuk rambut: Pendek (short), Pendek sederhana (medium short) dan Sederhana (medium)
Harga: RM15.90
Ini stail paling best! Sebab apa aku cakap macam tu, sebab ia relaks! Korang boleh sapukan je kat rambut dalam keadaan basah, so lepas mandi tu lap rambut guna towel tak payah kering sangat dah boleh apply clay ni! Lepas tu just serabaikan je rambut pakai tangan, bentuk ikut gaya korang sendiri. Yang ni lebih untuk santai, kalau taknak nampak rambut macam terlalu kemas! My favorite!
Cool sangat bila kau pakai nanti |
Haaa bajet cool macam nilah *muntah! |
1) WATER GEL: Elite Edgy EFX Extreme Cool
Sesuai untuk rambut: Sangat pendek (very short), Pendek (short) dan Pendek sederhana (medium short)
Sesuai untuk rambut: Sangat pendek (very short), Pendek (short) dan Pendek sederhana (medium short)
Harga: RM12.30
Sebenarnya sekarang ni tak ramai dah lelaki yang suka pakai gel! Kenapa? Sebab gel buatkan rambut nampak fake, keras dan bertepek, langsung tak urban lah bang! Aku pun jenis orang yang tak gemarlah nak tenyeh gel kat rambut nanti jadi leper kepala hahahaha! Tapi bila saya mula mencuba gel berasaskan air daripada elite ini, saya terus terpaut! Haaa tak tipu, gel ni langsung tak buatkan rambut kau jadi macam ciri-ciri tak best yang aku sebut tu. Ni dia light sikit dan buat rambut kau nampak natural!
Dia mintak abang jadi diri sendiri, boleh tak bang? |
Be super! Be super saiyaaaa |
1) WATER GEL: Elite Edgy EFX Super Strong
Sesuai untuk rambut: Pendek sederhana (medium short) Sederhana (medium) dan Panjang sederhana (medium long)
Sesuai untuk rambut: Pendek sederhana (medium short) Sederhana (medium) dan Panjang sederhana (medium long)
Harga: RM12.30
Tampilkan sisi nakal anda menerusi gel Super Strong ini! Gadis-gadis berhijab dan berturban Yuna pasti menjeling manja dan tersipu tatkala terlihat kelibat anda! Makcik-makcik bertudung bawal pula akan mula tersengih-sengih kepada anda walaupun selama ini mereka selalu mengata anda dalam hati! Cubalah dan rasai keterujaannya sendiri!
Secara keseluruhannya, semua produk kat atas ni BERASASKAN AIR! Jadi, ia sangat berbeza dengan wax, clay, fibre, gel dan mud yang lain! Kenapa produk ni bagus? Sebab korang boleh bilas rambut dengan mudah, tak payah nak sental-sental pakai berus sabut hahahaha! Yelah kalau lelaki mesti biasa pakai wax yang payahnya nak hilang walaupun kau mandi! Kena syampu betul-betul baru hilang kan? Elite Edgy EFX ni tak leceh tapi kalau kena hujan, rosaklah rambut abang-abang semua, so sediakan payung sebelum hujan, tak pun simpanlah dalam beg kalau rosak, boleh buat balik bang!
Okay boleh beli di farmasi-farmasi utama macam Watsons dan Guardian, pasar raya besar, utama dan kedai runcit terpilih... Beli okay!
Facebook: www.facebook.com/EliteEdgyEFX
Comments