Entri bunyi macam ganas je tapi sebenarnya bukanlah Singapore tu yg brutal tapi pengalaman kat sana yg brutal. Pertama kali aku jejakkan kaki kat negara yg dulu pernah menjadi sebahagian dari Malaysia, yelah dulu tak mampu nak berjalan-jalan, sekarang dah bekerja mampulah sikit.. hehehe
Tak ada apa yg boleh dibanggakan sangat memandangkan cuaca dan rakyatnya semua sama macam kat negara aku sendiri. Tapi bezanya rakyat Singapore sangat berdisipin, yang paling aku kagum pemandu bas dan teksi kat sana yang amat tertib, tak macam kat sini yang rata-rata macam gengster je... suka hati nak makan lorong orang lepas tu bawak macam hantu! geram ni...
Pemandu-pemandu kat sana pun utamakan pelintas jalan kaki (tu yang mizi berani lintas jalan kat sana... kalau kat sini dua jam pun xmelintas2 lagi... hahahaha)! Kat sini jangan haraplah kereta nak bagi laluan, siap kena hon maki segala kalau org melintas walaupun dekat tempat pelintas jalan kaki! grrrr...
Negara mereka bersih, sampah semua tak ada, even puntung rokok pun dalam tong sampah tak bersepah-sepah kat jalan (almaklumlah tak boleh merokok merata-mata, kalau tak kena saman ok! mampu kau nak bayar $1,000? )
Bukan nak kutuk negara sendiri tapi kagumlah dengan Singapore didik rakyat mereka jadi 'manusia' dan bukan jadi 'hantu'! hahaha... Tapi aku tetap selesa di tanah air sendiri, brutal lagi negara aku! hahaha...
Pengalaman kat sana pun ok. Tak ada apa yg menarik utk dikongsikan melainkan keterujaan aku masuk Universal Studio (US = singkatan yg diberi Nic Valderrama! kelass kann.. hihihi)! Mula-mula ingat nak feeling2 jumpa kakak-kakak aku (snow white, cinderella bagai... maklumlah I kan snow white! hahaha), rupa-rupanya diorang kat Disneyland... Jadi aku sempat jumpa kakak angkat je, Princess Fiona (bini Shrek tu jelah...)!
snow white di depan istana fiona? yeke istana dia?
Masuk kat dalam US ni, rasa macam waaahhhh... ala-ala dunia kayangan sangat, istana bagai, kejap rasa mcm kat fun fair tapi kadang-kadang rasa macam kat mesir... hahaha.. mana taknya dia pecah ikut seksyen ikut tema... Tema favorite of course-lah jurassic park yg mcm cilaka thrill permainan dia tu! feeling2 masuk zaman purba gitu... (jumpalah mentor I, Kak T-Rex!, letowpkan...)
Kalau boleh semua jenis roller coster yg mengancam nyawa aku nak naik tapi malangnya masa tak mengizinkan dan teman-teman ada yg tak mahu, jadi terpaksalah berpatah arang... (nak harap mizi, memang sume benda xnaik.. hahaha.. naik pon menjerit bagai nak rak! kalah jeritan pontianak ok! :p )
Paling aku tak lupa jumpa si keji Frankenstein tu! canteq ke ko nak tolak kepala aku? (takut sebenarnya dgn menatang tu.. so I diam jelah.. hihihi)! dpt jumpa betty boops yg berangan diva! charlie chaplin yg xbersuara sepatah haram pon! kungfu panda tiruan, dengan woody woodpecker bersama bini dia yg over! hahaha...
gedik kan bini woody woodpecker tu?
Selebihnya pengalaman 'dalaman' yg tak boleh diluahkan yg aku dapat... Biarlah pengalaman yg itu rahsia sendiri (blushing dah ni ok! hahahaha)
Ok, jadi silalah berkunjung ke Singapore, penuh dengan barangan elektronik original yg murah, murtabak zam-zam mega yg confirm tak habis makan sorang dan jumpalah Kak Merlion, si singa yg suka pancut air kat mulut tu (tapi tengah buat pembedahan plastik skrg, so xdptlah nk jumpa sangat... jumpa anak ikan dia je.. hahaha)
OK bye...
:P
Comments