Skip to main content

Review: The Imam's Daughter



Buku ini cousin aku punya. Aku pinjamlah sebab title dengan sinopsis macam menarik. Jadi buku-buku lain aku yang tersusun di rak bertimbun-timbun tu pun belum sentuh lagi, terabai lagi. Aku pun mula baca buku ni last week dan perlahan-lahan rasa sangat teruja. Sebelum tidur kena baca 3 chapter (at least). Akhirnya semalam aku berjaya khatamkan buku tulisan Hannan Shah ni.

Ia berkisar tentang pengalaman penulis sendiri berdepan dengan kekejaman dan tragis hidup yang amat mengerikan. Hannan seorang perempuan Muslim (beragama Islam) yang tinggal di kejiranan Pakistan di England. Sebagai perempuan Muslim, Hannan perlu mengikut segala peraturan agama yang ditetapkan. Memakai tudung, menutup aurat seorang wanita (sering mengenakan shalwar kameez yang merupakan pakaian tradisi Pakistan). Bapanya merupakan seorang Imam di masjid kejiranan mereka namun masih mengharapkan wang kebajikan daripada kerajaan Inggeris tersebut.

Hidup dalam keluarga Hannan sangat pelik. Malah siapa pun tidak akan sanggup tinggal sebumbung dengan manusia yang bersifat ekstremis seperti bapanya. Sejak kecil dia dan adik-beradiknya yang lain perlu (6 orang termasuk Hannan) belajar membaca al-Quran dengan betul. Hannan tidak menggemari pelajaran tersebut kerana dia tidak mengerti Bahasa Arab dan tidak tahu maksud di sebalik ayat-ayat suci tersebut.

Menginjak usia 5 tahun, Hannan melakukan sesuatu perkara di luar dugaan. Ketika bapanya memukul ibunya, Hannan bertindak melindungi ibunya. Sejak detik itu, bapanya melepaskan kemarahan kepada Hannan dan ibunya pula hanya mendiamkan diri, mungkin lega kerana tidak lagi perlu menerima pukulan suami sendiri. Hannan merelakan kelakuan ayahnya, dipukul dan seterusnya diperkosa sejak usia masih kecil. Hannan dikatakan anak derhaka, perempuan kotor dan akan dihukum di neraka. Kata-kata itu sering diungkapkan bapa Hannan kepadanya hingga dia lali dan mula mempersoalkan kuasa Allah sebagai Tuhan umat Islam.

Tiada siapa mampu menyelamatkan Hannan. Rakan-rakan di sekolah sahaja penghibur hati namun dia tidak pernah bercerita kepada sesiapa tentang masalah yang dialami. Menjelang usia 16 tahun, Hannan terdengar perbualan telefon bapanya dengan seseorang. Hannan yakin waktu untuk dirinya dikahwin paksa bersama lelaki Pakistan telah tiba. Kali ini Hannan tidak lagi gusar dengan bahaya yang menimpa. Dia meminta pertolongan Skip, seorang wanita Pakistan yang telah berjaya meloloskan diri daripada perkahwinan terancang.

Dengan bantuan pensyarah kolejnya dan seorang pekerja sosial, Hannan berjaya melepaskan diri daripada azab yang dirasai selama 16 tahun. Untuk sementara waktu, dia tinggal bersama pensyarahnya. Di situ dia belajar nilai sebuah keluarga dan kebahagiaan. Bermula saat itu juga Hannan mula pergi ke gereja setiap hari Ahad. Tiada paksaan namun atas kehendak sendiri, Hannan akhirnya menjadi wanita Kristian. Islam baginya gagal memenuhi ketenangan yang ingin dicapai.

Ahli keluarga terus memburu Hannan dan mengugut untuk membunuhnya kerana murtad. Hannan kerap berpindah bagi mengelakkan dirinya ditangkap keluarganya. Penderaan seksual yang dilakukan bapanya tidak pernah dilaporkan ke pihak berkuasa. Hannan tidak mahu ia menjejaskan kerukunan komuniti Pakistan dan mencetuskan kekecohan melampau. Cukup baginya hidup bebas dan bahagia bersama lelaki yang dicintai. Hannan berkahwin dengan suaminya dan kini bergerak aktif membantu wanita yang berdepan nasib serupa sepertinya terutamanya yang beragama Islam!

Okay habis! Tapi atas ni cuma surface je, segala konflik yg best-best sila baca sendiri. Macam-macam perasaan aku rasa masa baca buku ni. Kesian, sedih, marah, kecewa semua pun adalah. Aku simpati dengan nasib Hannan yang telah didera dan diperkosa sejak kecil. Ahli keluarganya pula tidak pernah mengambil berat malah segala peraturan pelik wajib diikuti. Penerapan ilmu agama yang tidak betul membuatkan Hannan mempersoalkan kesahihan agama yang dipeluknya itu. Tekanan demi tekanan akhirnya mendorong Hannan murtad.

Saat dia murtad, aku berasa amat terganggu kerana berharap dia dapat diselamatkan oleh kumpulan Muslim yang baik. Tapi semuanya atas kerelaan Hannan sendiri tanpa paksaan sesiapa termasuk pensyarahnya. Dia memilih Jesus sebagai pendamping abadi dan menggugurkan Allah dari lubuk kepercayaan. Dalam situasi Hannan kita sukar menentukan apa yang wajar dilakukannya kerana kita tidak melalui keperitan yang dialami wanita itu.

Sifat ekstrem terhadap agama yang ditunjukkan bapa Hannan menjadi punca dia berpaling dan menukar perspektif terhadap Islam. Hannan pernah mengkaji maksud di sebalik ayat-ayat suci al-Quran dalam Bahasa Inggeris dan dia tahu segala yang diajarkan bapanya tidak terkandung dalam kitab suci tersebut. Dia menyukai isi al-Quran namun mempersoalkan hukum memakai tudung dalam kalangan wanita, menolak pemakaian sopan ke atas wanita sahaja dan mempersoalkan mengapa lelaki tidak dikenakan peraturan serupa?

Sebagai pelajar Theology, Hannan berhak mencari logik di sebalik agama namun mempersoalkan hukum Allah dilihat agak melampau. Aku tidak membenci Hannan malah aku menyokong tindakannya melepaskan diri daripada bapanya. Tetapi tindakan tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa atau mendapatkan pertolongan daripada golongan Muslim yang lain membawa Hannan ke jalan yang lain. Stereotaip bahawa semua orang Asia beragama Islam sama seperti bapa dan penduduk di kejiranannya tidak wajar. Bukan semua mereka yang beragama Islam bersifat ekstrem malah bapanya mungkin hanya 1 dalam 10,000 manusia yang bersifat demikian. Malang bagi Hannan kerana bertemu individu sedemikian. Bapanya bukan seorang yang beriman dan segala dosa yang dilakukan akan dibalas kelak.

Diharapkan Hannan bertemu hidayahnya semula. Dia seorang wanita malang yang hanya mendambakan ketenangan. Kini dia mengecapinya menerusi Kristian dan kepercayaannya terhadap Islam kian samar. Hannan perlu mengkaji mazhab-mazhab berbeza setiap umat Islam dan menilai sendiri bahawa bukan semua umat Islam seperti bapanya. 

I'm done! :)

Comments

eddie.my said…
Mungkin itu cara Tuhan menyedarkan si ayah atau masyarakat di situ bahawa cara didikan nya itu salah ....
Norcahaya Alias said…
Menarik! Rasanya perlu beli baca dan sorokkan buku ini dari anak-anak sedara yang sedang remaja.
Norcahaya Alias said…
menarik!...perlu ke kedai buku.
Alif Abu Bakar said…
sangat menarik! tapi rasanya buku ni tak dijual di malaysia.. so kena beli online.. hehe

Popular posts from this blog

Azura 2012: Disaster!

Poster filem Azura  Pergh! Aku tak tau macam mana aku boleh terjebak tengok filem Azura hari tu... Sebenarnya teman seseorang sebab dia pengikut setia Neelofa (hahahaha)! Memang awal-awal aku rasa macam taknak tengok sebab ramai orang cakap cerita tu BUSUK! Huh! Beberapa saat bermula filem ni, penonton dijamu mata dengan kecantikan Neelofa dengan tubuh badan yang letop (bagi aku dia biasa je, cantik lagi Fazura kut... eeh?), memang macam hmmmmm, ni filem ke promosi Neelofa ? okay ini pandangan aku sahaja, pengikut Neelofa sila jangan naik hantu! :) Lawa sebenarnya Neelofa ni...  Lepas tu bermulalah filem tu, hall filem Azura ni memang besar tapi sayang seribu kali sayang, cenonet je yg datang tengok cte ni, tafsiran aku: Wowww! Penonton Malaysia sudah bijak pilih filem berkualiti atau tidak, kau letaklah PELAKON tengah PANAS sekali pun, kalau tak best tetap sayonara... -_- Intro filem ini kucar-kacir, bayangkan hanya selepas video Azura tampar Zek ( Shahrizal J...

Review: Elite Edgy EFX

OK nampak tak barisan produk rambut kat atas tu? Haaaa itulah gel dan wax ELITE EDGY EFX by DASHING ! Hari ni nak share sikit cara pakai dan kelebihan produk ni semua... yayyyyy Hi saya AIRY WILD Hi saya stail airy wild yang tak wild 1) MUD: Elite Edgy EFX Airy Wild Sesuai untuk rambut: Pendek sederhana ( medium short ) dan Sederhana ( medium ) Harga: RM15.90 Okay kalau korang perasan gambar abang K-pop kat atas penutup produk tu, tak sama langsung dengan apa aku cuba buat! Airy Wild ni sebenarnya untuk unelash your wild side atau makna lainnya, tonjolkan sisi liarmu hahahaha! Gadis liar tak boleh, abang-abang liar je boleh! Helo saya pulak RUGGED MATTE Nampak tak berapa rugged lah bang.. 1) WAX: Elite Edgy EFX Rugged Matte Sesuai untuk rambut: Sederhana ( medium ) dan Sederhana panjang ( medium long ) Harga: RM15.90 Konsepnya Dangerously Rugged tapi aku pakai tak jadi dangerous pun.. Dangerously in love adalah sipi-sipi lolololol... Ok yang ini ...

Testimonial: elite edgy EFX wavy loose

Entri lepas aku ada review pasal produk-produk rambut elite edgy EFX! Hari ni nak share feedback! Tadi sajalah merayap pegi ampang point (sebab tu mall paling dekat dan paling pantas untuk sampai dalam keadaan sesak hari sabtu ni) masuk watsons! Kawan aku ni, si nasa sibuk pilih wax rambut baru! Apa lagi i pun cucuk jarumlah suruh beli elite! Kebetulan aku pakai elite edgy EFX wavy loose yg kaler biru tu! Haaa innocent kan! Bawah lighting kedai yg cantik, maka secara automatik wajah dan rambut pun nampak suci! Lololololol! Okay yg belakang tu perlu ke interframe, x cukup ke aku post sekeping gambar kau! Ok sambung, nasa tanyalah: "kau pakai apa kat rambut kau, nampak wet tapi tak  keras and relaks! Gel ke?" Haaa ad dialog best kan testimonial ni! Lepas tu aku pun explain sikit pasal clay elite tu! Lepas tu dia beli... Lagi best mamat blkg kitorg pun beli produk yg sama! So memang ia one of the best utk dicuba! Nampak tak pengaruh dah menular! Ok selamat bergaya abang-abang fi...