Skip to main content

Cinta DAN dan BLAIR! auwwww

Entri ni wujud sebab aku memang gila tv series, Gossip Girl! Tau tak? Alah yang xoxo tu ler.... Okay kat Malaysia baharu je tayang season 4 padahal season 5 dah nak start dah hujung bulan ni dekat US! (american cket.. hehehe)

 Dari season 1 ak follow cite ni, so tak ada sebab nak abaikan macam tu je... Biasalah cite ni suka buat aku feeling-feeling, senyum sorang2, ketawa, marah, pendek kata semua rencah emosi cukup rasalah!

Tapi kesibukan kerja memaksa aku membiarkan diri aku ketinggalan menonton season 4, tapi akhirnya selepas pasang Unifi, aku dengan pantasnya tanpa berfikir panjang terus memuat turun full season! Yeaaa akhirnya aku khatam! (bajet best padahal ramai dah habis tengok pun.. hehehe)

Tak dinafikan season 4 ni agak boring sikit compare dengan season yang dulu tapi still ada benda yang membuatkan aku teruja untuk tengok! Paling best apabila dua favorite character aku akhirnya comolot! Rasa macam menang jackpot lak! hahaha... Yes Dan Humphrey dan Blair Waldorf tiba-tiba boleh get along dan macam suka sama lain (ku tak kata bercinta ya...)!

 Walaupun tak lama, tapi scene-scene dua karakter memang cute gilalahhhh, seriously rasa macam nak pengsan momen first kiss tu! Honestly aku suka Chuck Bass dengan Blair tapi sekarang aku prefer Dan dgn Blair (Serena dengan Dan pasangan yg kurang kick la...)!

 Episod last buat aku geram sebab novel Inside yang Dan tulis tu sebenarnya tak tahu pasal siapa? Yang pasti bukan Serena dan kemungkinan besar inspirasi Dan selama ni ialah Blair! yeaaaa aku amat excited tunggu season 5! 

Sorry sebab overdramatic! Hormon tengah bergelinjang doh.... aku team DAIR(DAN & BLAIR)sekarang!

:)

Comments

Alif Abu Bakar said…
hahaha... xada... okay will follow u k... follow lah ku jua.. hahaha
Dinni-Hari said…
nice blog...

just blog walking here.... smile

http://teajayjunior.blogspot.com
Najwa Latif said…
OMG , ilove watching xoxo.. huhu never miss it.. :D
Alif Abu Bakar said…
eh ni najwa latif cinta muka buku ke? hehehehe....

Popular posts from this blog

Azura 2012: Disaster!

Poster filem Azura  Pergh! Aku tak tau macam mana aku boleh terjebak tengok filem Azura hari tu... Sebenarnya teman seseorang sebab dia pengikut setia Neelofa (hahahaha)! Memang awal-awal aku rasa macam taknak tengok sebab ramai orang cakap cerita tu BUSUK! Huh! Beberapa saat bermula filem ni, penonton dijamu mata dengan kecantikan Neelofa dengan tubuh badan yang letop (bagi aku dia biasa je, cantik lagi Fazura kut... eeh?), memang macam hmmmmm, ni filem ke promosi Neelofa ? okay ini pandangan aku sahaja, pengikut Neelofa sila jangan naik hantu! :) Lawa sebenarnya Neelofa ni...  Lepas tu bermulalah filem tu, hall filem Azura ni memang besar tapi sayang seribu kali sayang, cenonet je yg datang tengok cte ni, tafsiran aku: Wowww! Penonton Malaysia sudah bijak pilih filem berkualiti atau tidak, kau letaklah PELAKON tengah PANAS sekali pun, kalau tak best tetap sayonara... -_- Intro filem ini kucar-kacir, bayangkan hanya selepas video Azura tampar Zek ( Shahrizal J...

Review: Elite Edgy EFX

OK nampak tak barisan produk rambut kat atas tu? Haaaa itulah gel dan wax ELITE EDGY EFX by DASHING ! Hari ni nak share sikit cara pakai dan kelebihan produk ni semua... yayyyyy Hi saya AIRY WILD Hi saya stail airy wild yang tak wild 1) MUD: Elite Edgy EFX Airy Wild Sesuai untuk rambut: Pendek sederhana ( medium short ) dan Sederhana ( medium ) Harga: RM15.90 Okay kalau korang perasan gambar abang K-pop kat atas penutup produk tu, tak sama langsung dengan apa aku cuba buat! Airy Wild ni sebenarnya untuk unelash your wild side atau makna lainnya, tonjolkan sisi liarmu hahahaha! Gadis liar tak boleh, abang-abang liar je boleh! Helo saya pulak RUGGED MATTE Nampak tak berapa rugged lah bang.. 1) WAX: Elite Edgy EFX Rugged Matte Sesuai untuk rambut: Sederhana ( medium ) dan Sederhana panjang ( medium long ) Harga: RM15.90 Konsepnya Dangerously Rugged tapi aku pakai tak jadi dangerous pun.. Dangerously in love adalah sipi-sipi lolololol... Ok yang ini ...

Testimonial: elite edgy EFX wavy loose

Entri lepas aku ada review pasal produk-produk rambut elite edgy EFX! Hari ni nak share feedback! Tadi sajalah merayap pegi ampang point (sebab tu mall paling dekat dan paling pantas untuk sampai dalam keadaan sesak hari sabtu ni) masuk watsons! Kawan aku ni, si nasa sibuk pilih wax rambut baru! Apa lagi i pun cucuk jarumlah suruh beli elite! Kebetulan aku pakai elite edgy EFX wavy loose yg kaler biru tu! Haaa innocent kan! Bawah lighting kedai yg cantik, maka secara automatik wajah dan rambut pun nampak suci! Lololololol! Okay yg belakang tu perlu ke interframe, x cukup ke aku post sekeping gambar kau! Ok sambung, nasa tanyalah: "kau pakai apa kat rambut kau, nampak wet tapi tak  keras and relaks! Gel ke?" Haaa ad dialog best kan testimonial ni! Lepas tu aku pun explain sikit pasal clay elite tu! Lepas tu dia beli... Lagi best mamat blkg kitorg pun beli produk yg sama! So memang ia one of the best utk dicuba! Nampak tak pengaruh dah menular! Ok selamat bergaya abang-abang fi...