Skip to main content

Posts

Vaseline 1: Losen

BILA sebut Vaseline , ramai yang masih lagi tak pasti, brand ni jual apa? Yelah mungkin adalah yang tahu tapi aku yakin ada few guys yang masih ingat Vaseline ni jeli petroleum untuk rawat kulit kering je, betul tak betul tak? (tak betul pun angguk je!) Dulu pun aku ingat macam tu. Tapi apabila semakin menginjak dewasa, diri ini kian rajin berkunjung ke farmasi kecantikan seperti Watsons, Guardian dan yang seumpama dengannya! Paling aku ingat bila Vaseline introduce produk lelaki! Ya, masa tu punyalah s excited nak cuba pencuci muka dengan losen ( lotion kalau kau ingat aku typo , itu ejaan BM yang betul) brand ni. Manalah tahu boleh buatkan kulit jadi lebih gebu, mulus dan rupawan, yeaaaaaahhhh! Tapi sekarang aku tak jumpa losen Vaseline for Men, mungkin ada tapi hari tu aku tanya kat salesgirl farmasi tu, dia katalah kan memang dah tak ada (kalau dia propa, maknanya aku salah). Jadi untuk mengubati kekecewaan dan sebab diri rasa teringin nak pakai losen kembali,
Recent posts

Testimonial: elite edgy EFX wavy loose

Entri lepas aku ada review pasal produk-produk rambut elite edgy EFX! Hari ni nak share feedback! Tadi sajalah merayap pegi ampang point (sebab tu mall paling dekat dan paling pantas untuk sampai dalam keadaan sesak hari sabtu ni) masuk watsons! Kawan aku ni, si nasa sibuk pilih wax rambut baru! Apa lagi i pun cucuk jarumlah suruh beli elite! Kebetulan aku pakai elite edgy EFX wavy loose yg kaler biru tu! Haaa innocent kan! Bawah lighting kedai yg cantik, maka secara automatik wajah dan rambut pun nampak suci! Lololololol! Okay yg belakang tu perlu ke interframe, x cukup ke aku post sekeping gambar kau! Ok sambung, nasa tanyalah: "kau pakai apa kat rambut kau, nampak wet tapi tak  keras and relaks! Gel ke?" Haaa ad dialog best kan testimonial ni! Lepas tu aku pun explain sikit pasal clay elite tu! Lepas tu dia beli... Lagi best mamat blkg kitorg pun beli produk yg sama! So memang ia one of the best utk dicuba! Nampak tak pengaruh dah menular! Ok selamat bergaya abang-abang fi

Review: Elite Edgy EFX

OK nampak tak barisan produk rambut kat atas tu? Haaaa itulah gel dan wax ELITE EDGY EFX by DASHING ! Hari ni nak share sikit cara pakai dan kelebihan produk ni semua... yayyyyy Hi saya AIRY WILD Hi saya stail airy wild yang tak wild 1) MUD: Elite Edgy EFX Airy Wild Sesuai untuk rambut: Pendek sederhana ( medium short ) dan Sederhana ( medium ) Harga: RM15.90 Okay kalau korang perasan gambar abang K-pop kat atas penutup produk tu, tak sama langsung dengan apa aku cuba buat! Airy Wild ni sebenarnya untuk unelash your wild side atau makna lainnya, tonjolkan sisi liarmu hahahaha! Gadis liar tak boleh, abang-abang liar je boleh! Helo saya pulak RUGGED MATTE Nampak tak berapa rugged lah bang.. 1) WAX: Elite Edgy EFX Rugged Matte Sesuai untuk rambut: Sederhana ( medium ) dan Sederhana panjang ( medium long ) Harga: RM15.90 Konsepnya Dangerously Rugged tapi aku pakai tak jadi dangerous pun.. Dangerously in love adalah sipi-sipi lolololol... Ok yang ini

Cahaya mata penerang hidupku!

Hi semia! (hencap wahidin jap sebab dia xde blog)! Berkurunnya tak update blog kan... Biasalah kehidupan seorang wartawan yang penuh cabaran ditambahkan lagi dengan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak memang memenatkan! Eeh! Bila kita kahwin? hahahaha... Okay jom kenal dengan anak-anak kita! 1) BELLA & RIO Anak saya yang dua ekor kat atas ni namanya Bella dan Rio! Rasanya tak pernah update pasal mereka ni. Mereka adalah binatang marsupial dan nokturnal atau senang panggil SUGAR GLIDER! Bermaksud mereka sangat aktif pada waktu malam. Bella aku beli bulan April lepas di Uptown Mines (tapi sebaik-baiknya beli kat kedai haiwan ye kawan-kawan). Waktu tu minah ni baru 3 bulan, so sekarang umur dia dah 9 bulan lebih. Wahhh dah anak dara dah Bella ni... Dia ni sangat garang ye (sama macam tuan dia.. lalalala), tapi lama-lama manja walaupun gigitan dia boleh melukakan jari (ala saje je over padahal luka sikit je...)! Lepas sebulan mcm kesian tgk dia sekor-se

Review: The Imam's Daughter

Buku ini cousin aku punya. Aku pinjamlah sebab title dengan sinopsis macam menarik. Jadi buku-buku lain aku yang tersusun di rak bertimbun-timbun tu pun belum sentuh lagi, terabai lagi. Aku pun mula baca buku ni last week dan perlahan-lahan rasa sangat teruja. Sebelum tidur kena baca 3 chapter (at least). Akhirnya semalam aku berjaya khatamkan buku tulisan Hannan Shah ni. Ia berkisar tentang pengalaman penulis sendiri berdepan dengan kekejaman dan tragis hidup yang amat mengerikan. Hannan seorang perempuan Muslim (beragama Islam) yang tinggal di kejiranan Pakistan di England. Sebagai perempuan Muslim, Hannan perlu mengikut segala peraturan agama yang ditetapkan. Memakai tudung, menutup aurat seorang wanita (sering mengenakan shalwar kameez yang merupakan pakaian tradisi Pakistan). Bapanya merupakan seorang Imam di masjid kejiranan mereka namun masih mengharapkan wang kebajikan daripada kerajaan Inggeris tersebut. Hidup dalam keluarga Hannan sangat pelik. Malah siapa pun

Azura 2012: Disaster!

Poster filem Azura  Pergh! Aku tak tau macam mana aku boleh terjebak tengok filem Azura hari tu... Sebenarnya teman seseorang sebab dia pengikut setia Neelofa (hahahaha)! Memang awal-awal aku rasa macam taknak tengok sebab ramai orang cakap cerita tu BUSUK! Huh! Beberapa saat bermula filem ni, penonton dijamu mata dengan kecantikan Neelofa dengan tubuh badan yang letop (bagi aku dia biasa je, cantik lagi Fazura kut... eeh?), memang macam hmmmmm, ni filem ke promosi Neelofa ? okay ini pandangan aku sahaja, pengikut Neelofa sila jangan naik hantu! :) Lawa sebenarnya Neelofa ni...  Lepas tu bermulalah filem tu, hall filem Azura ni memang besar tapi sayang seribu kali sayang, cenonet je yg datang tengok cte ni, tafsiran aku: Wowww! Penonton Malaysia sudah bijak pilih filem berkualiti atau tidak, kau letaklah PELAKON tengah PANAS sekali pun, kalau tak best tetap sayonara... -_- Intro filem ini kucar-kacir, bayangkan hanya selepas video Azura tampar Zek ( Shahrizal Jazle ) te

Apa itu Hijrah?

Salam semua.... (dengan nada semangat sebab blog dah mengalami perubahan) Okay walaupun maal hijrah dah berlalu, tapi aku baru terkial-kial nak update kan, tak apalah janji aku tulis something2 kan pasal hijrah... hijrah... hijrah Rasulku (lagu nasyid sekolah rendah dulu)... Okay kat sini aku nak share story Rencana Utama aku yang publish sehari sebelum umat Islam sambut Maal Hijrah yakni (ada ke perkataan ni? cek PRPM  dan memang wujud, lega!) pada hari Sabtu, 26 November 2011 y'all... Ini link-nya: Rencana Utama Kosmo! Hijrah Ceritanya simple sahaja, pasal dua orang lelaki berbeza latar belakang dan perspektif tentang kehidupan! Kedua-dua aku interview secara berasingan dan apa yang dapat aku simpulkan, mereka mengecapi kejayaan mengikut acuan serta cara yang berbeza. Macam Zakaria (Aboy), dia ni baru 25 tahun tapi bayangkan dalam usia semuda itu dia dah boleh buka sebuah bengkel superbike hasil duit sendiri, tak ada minta sesiapa pun! Aku kagum sebab walaupun dia susah dul